US

US

Tuesday 11 November 2014

CK Review: ‘The Amazing Watch Strap by Daniel Wellington’


Dalam dunia fesyen, jam tangan adalah antara aksesori fesyen yang paling digemari oleh lelaki dan wanita. Jika dilihat, kaum wanita mempunyai lebih banyak pilihan aksesori yang boleh dipilih. Maka, CK boleh katakan bahawa JAM adalah pilihan utama aksesori dalam mengayakan fesyen bagi kaum lelaki.

Jam tangan lelaki atau ‘men watches’ adalah aksesori fesyen biasa yang begitu popular dalam kalangan lelaki urban masa kini yang begitu mementingkan penampilan dan gaya. Gemar berfesyen dan tampil segak membuatkan mereka memilih untuk mengenakan jam kerana seutas jam tangan yang menarik menyerlahkan sisi personaliti dan cita rasa seseorang lelaki. Malah, bagi sesetengah lelaki juga jam tangan yang mewah atau branded watches melambangkan kemampuan dan status mereka.



Jenama Daniel Wellington Malaysia adalah antara label yang gah dalam industri jam tangan. Ianya menjadi kegilaan ramai lelaki di serata dunia kerana rekaannya yang begitu maskulin dan eksklusif. Itulah nilai kemewahan ‘Daniel Wellington watch for men’.


Selain hadir dengan koleksi watches for men yang sangat berkualiti tinggi, mereka juga  mempunyai variasi pilihan Daniel Wellington watch strap yang anda boleh pilih mengikut cita rasa, mood dan personaliti anda. Bukankah ini menarik?. Dengan variasi ini, anda dapat padankan dengan kemasan stail anda untuk menyerlahkan lagi gaya pakaian anda.



Jika anda mahukan penampilan maskulin yang gagah namun bergaya dalam masa yang sama, maka jam tangan Daniel Wellington Malaysia untuk lelaki yang terbaru amat sesuai dengan anda! Anda tidak lagi akan ketinggalan dengan Daniel Wellington Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.